GAMBAR WANITA MENCURI BEG TANGAN SELEPAS SOLAT??

AKSI seorang wanita yang elok bertudung mencuri beg tangan di sebuah surau di pusat beli-belah di Shah Alam ‘kantoi’ apabila gerak-gerinya itu berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).

Wanita yang mengenakan tudung hitam dirakam keluar dari surau di Plaza Alam Sentral, kira-kira jam 7.17 malam, selepas didakwa mencuri beg tangan milik seorang pengunjung pusat beli belah itu pada Ahad.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik beg tangan sedang mengambil wuduk.

Wajah wanita itu berjaya dirakam dengan jelas oleh CCTV ketika suspek menggunakan eskalator dengan membawa beg yang lebih besar dipercayai untuk menyembunyikan beg tangan yang dicuri itu.

Adik kepada pemilik beg tangan yang dicuri itu, Alif Adnan, telah memuat naik gambar-gambar yang dirakam CCTV di laman sosial Facebook dan meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengesan suspek.
Persoalan yang timbul dari kami ialah apa sudah jadi dengan nilai akhlak masyarakat kita, lebih-lebih lagi kepada perempuan Muslim yang elok luarannya menutup aurat.

Lepas menunaikan solat, terus mencuri ke? Nate beruk!-MYNEWSHUB.CC

Post a Comment